Thursday, 14 February 2013

Cameron Highlands

Salam..hari ni nak cerita bab destinasi la...cuti raya cina tempoh hari kami berjalan-jalan ke cameron highlands..tak plan sangat...terjah je...dan balik hari pun...

Tergerak hati nak pergi lepas dengar cerita dari sepupu husband katanya best .dia bertolak pukul 4 pagi dan balik malam harinya..Kami pun tergoda la nak pergi.

Pernah ada hasrat nak pergi dulu..tapi husband kata..tak ada apa-apa kat situ...nak stay kat situ pun malam harinya sunyi...tak ada aktiviti sebab biasanya kami kalau pergi bercuti ..balik ke hotel cuma mandi je. Memang kalau berjalan..kami akan all out punya...hee...

Dengan penuh semangatnya raya cina aritu kami pun gerak le pukul 3 lebih pagi...intan pukul 2.30 pagi dah bangun..maklumlah excited..haha. lagi pun nak sampai  cepat sebelum 7 pagi..rupanya..jammed di slim river...musim cuti dan raya cina kannn...so terperangkap la kami....

Tapi Alhamdulillah kami sampai di Cameron Highlands lebih kurang 10 pagi...cuaca pun cantik sejuk je...Overall perjalanan  kami memang gembira sangat-sangat..dan rezeki pulak melimpah ruah ..dengan sayuran-sayuran free dari cina kebun2 sayur..sebab mereka nak bercuti...penuh bonet dengan durian dan sayuran...

Ok sampai di sini..je ye...sila la menikmati gambar2 perjalanan kami..sebagai rujukan pun boleh..Jumpa lagi di lain destinasi ye...




Dicelah rimbunan pokok teh


Air Terjun Lata Iskandar


singgah jap beli durian dari orang asli...durian hutan dan durian kampung


Di Bee Farm


perkerja sedang memetik daun teh



menikmati teh di puncak ladang teh boh




Pemandangan di ladang teh

Makan tengahari di Menu Opah ,Ringlet...tak mengecewakan...sedappp..


Bunga-bungaan


Happy Boy...dapat jalan2...



Bunga


Adik menikmati strawberry...Ladang strawberry di Bringchang..banyak pilih je

Durian Hutan...kulit nye merah dan hijau...isinya nipis..katanya bangsa cina lebih suka..

Saturday, 15 September 2012

Puding Roti Bersos Kastad




As-Salam dan Selamat Pagi

Buat apa pagi-pagi sabtu ni..intan kalau waktu-waktu cuti macam ni..biasanya busy menyediakan breakfast la..tapi hari ni..cik abe pergi memancing@ mem"fly" itu la istilah pemancing2 tegar2 macam hubby intan..so dia siap belikan kami roti canai ..so kurang la kerja sikit...dapat la selitkan kerja2 lain kan...soooo ter"update le blog intan yang dah slow melow ni...bukannya tak masak..tapiiii setiap kali dah photoshoot...pic tu ter"save bergitu saja disebabkan masa .

Sebenarnya puding roti kastard ni dah buat lama..so intan nak sharekan la pada yg berminat ..memang sedap sangat dan berkhasiat juga...dah le sedap penyediaan pun ringkas je...Pada yg mengejar masa tapi masih lagi nak memasak untuk anak-anak boleh le mencuba.




Bahan

8 keping roti ( potong roti menjadi 4 segiempat setiap keping atau boleh ikut suka)
500 ml susu segar
4 sb gula
2sb butter
3 biji telur
1 st esen vanilla
1sb tepung jagung
3sb coklat chips
kismis

caranya

Pukul telur,butter,gula, esen vanilla dan tepung jagung..pukul bagi sebati je..tak perlu lama...dengan garpu pun ok..kemudian masukkan ke dalam susu segar tadi.dan kacau sebati..Susun roti yg dah dipotong tadi..ke dalam loyang empatsegi dan taburkan coklat chip dan kismis ..Buat sehingga habis roti tadi..selapis demi selapis diikuti dengan coklat chips dan kismis..Biarkan seketika supaya roti2 tadi sebati dengan bancuhan susu tadi...Kemudian boleh le bakar ke dalam oven dengan api 180 selama 20 minit..


Bahan Sos Kastard

1 tin susu cair
11/2 sb tepung kastard
2 sb gula

Penyediaan sos kastard

Satukan semua bahan ke dalam periuk dan masak diatas yang perlahan..Pastikan sentiasa dikacau  untuk mengelakkan berketul-ketul. Masak sehingga kepekatan yang diingini..

Sejuk kan dan boleh la disiram ke atas puding roti..

Note: Saya suka makan apabila sos kastard dah disejukkan didalam fridge..maknanya kena buat sos dulu baru bakar pudingnya ye..



Selamat mencuba..